aLYa hUsNa'S fOtoPaGe

By: Ummi Alya Husna

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 25-Aug-2008 01:37 Email | Share | | Bookmark
Persandingan Akmal & Rozi

Salam Semua..
Alhamdulillah, bertemu lagi kite dlm n3 kali ni yek..
Huhuhu, penat btol bulan ni + last week. Cam2 program yang jabatan wat...
Biasela, bulan Ramadhan pun akan menjelma x lama lagi..
Bila tibe je Bulan Mulia ni, program + aktiviti pun terbatas la sket..
Itu ari ade Kempen Bumi Hijau Peringkat Negeri Terengganu bertempat kat Kemaman..
Banyak kerja nak settle, tolong mane2 yang patut esp. bahagian herba...
hehehe, sape2 yang tengok bahagian herba tu saya la yang tolong watkan tagnyer tu..
Pasal MAHA x nak citer dulu la.. Sabau!... . Eh lupe lak.. ari ni kan ari Wanita Kebangsaan ngan tema ''WANITA PENJANA EKONOMI NEGARA''.
So, bagi kaum wanita kat luar sana, selamatler diucapkan, specel tuk X- BigBoss kat JPW dulu, Pn. Norrani Abd Rahman....
N3 kali ni psl majlis sanding plak, agenda yang sepatutnya dienterframe last week.
takpe la kan, nnti x de plak update minggu ni..




Ni plak sebahagian aksi2 si Alya Husna yang sempat ummi amek.. Kuat tol wat prangai ari tu..


Sunday, 17-Aug-2008 08:54 Email | Share | | Bookmark

Quote:
Salam semua...
Minggu ni x dapek nak update citer la..
will be at Malaysia, Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 (MAHA 2008) till 22 Aug. 2008...
Husna kena tinggal ler,huaaaa....

jom le pi.....


Monday, 11-Aug-2008 03:20 Email | Share | | Bookmark
Akmal & Rozi (Akad Nikah - 08.08.08 - )

N3 kali ni memberi laluan pada sedara Husna yang telah melangsungkan hari yang penuh bermakna dalam idupnya.. .
Ramai gak yang n3nya pasal orang kawen nih, maklum le cuti skolah dah nak mula .. ramai le yang amek peluang..hehehe..


Nor Akmal & Mohammad Rozi / 08.08.08
Huhuhu, pandai sungguh depa pilih tarikh bersejarah dalam idup depa ekkk... .
neway, Selamat Pengantin Baru!!!!.. .Semoga Allah memberkati perkahwinan ini dan dipanjangkan jodoh sehingga ke syurga.




My Lil. Alya Husna
Husna baru je bangun tido time akad nikah nak dijalankan, so meragam le jawabnye pasal x tido sekejap je... . Puas gak adengan pujuk- memujuk dijalankan namun ianya x berhasil.
Oleh yang demikian, Ummi pun amek keputusan lepak diluar masjid je la sehingga keadaannya kembali stabil.., dibuatnya meraung lagi haru biru + menggangu perjalanan majlis...ggggggrrrrrrrrr.. ..
Maka dengan itu, tiada sekeping pun gambar Husna yang berjaya disnap sepanjang majlis diadakan..


Thursday, 7-Aug-2008 06:36 Email | Share | | Bookmark
Ummi's & Abah's HEART FRUIT... :)

Quote:
TQVM pada semua kengkawan yang wishes kat cik abe kiter..


Alya Husna Asmawi
Syukur Alhamdulillah..., Nampaknyer mata Husna dah beransur baik. Malam tadi Abahnya pun dah balik, dah start kije ari ni... . Neway, masa anto Abah, Husna sikit pun tak ngamok.., gud gerl!.. .
Biasenya, die akan nangis2 nak ikut... , pernah skali die x nak balik umah, nak tido dlm keter.. huhuhu, . x taw nak pujuk cara mana lagik.. Kecian tgk die tido teresak2..
So far, Husna's progress very well. Skrg ni dah pandai baca doa makan + nyanyi lagu 'Anak nabi kita....".. + etc... Bebaru ni plak Abahnyer belikan dier laptop baru..., so keep on studi la my dear!!





*** All Husna pics. taken on June08 ***


Monday, 4-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hepi Besday to my Hubby!!!!



Selamat Hari Lahir yang ke- 29 / 4 Ogos 2008
Epi besday 2 u...
Hehehe... ape nak kate ekkkk.. .. speechless la ..Ermm.. ayat cam biase r...

* Semoga dipanjangkan usia serta dipermudahkan jalan rezeki
* Ditambahkan keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian
* DirahmatiNya sentiasa .. Mudah2an.. Amin!!!


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
SUAMIKU

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

SUAMIKU
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi


.... Apepon, syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi atas segala nikmatNya...
wat Mr. Asmawi Ahmad, semoga hari ini lebih baik dari semalam..
renung- renungkan dan selamat beramal....


Edisi jiwang karat...



Alya Husna Asmawi
Huhuhu... , laen plak ceritenye ngan Alya Husna...
Mata Husna tetiba naik bengkak sebelah pada ari jadi Abah, kelmarin...
x taw kena ape.., yg ummi perasan, bangun tido tu cam bengkak sket..
tengah ari tu makin bengkak lagik.. .. tu r pasal, gatal sangat nak amik E.L ..
ptg tu bawak le pi klinik , doc. suspect allergic.. tapi mustahil lak..
dh le budak tu payah nak makan ubat, kena pujuk konon2 le vitamin..
harap2 ari ni dah o.k le tu... (..hehehe, Abah dia jage ari ni.. )



Ni plak emel yang salah sorang kawan forwardkan..
just to share ....


Quote:
MENJADI suami terbaik adalah impian lelaki sejati. Untuk berjaya, lelaki mengimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia di samping isteri tercinta serta cahaya mata yang comel dan bijak.
Begitu juga dengan wanita. Mereka mengimpikan lelaki yang mampu menyayanginya, berkongsi susah senang dan sekali gus membesarkan cahaya mata tanpa sebarang masalah.
Bagi membentuk rumah tangga bahagia, bukan satu pihak saja yang harus berkorban. Baik suami mahupun isteri, mereka harus sepakat dalam mengemudi bahtera menuju destinasi yang diimpikan bersama.

Panduan berikut barangkali boleh membantu pasangan khususnya si suami untuk mengemudi rumah tangga ke arah kebahagiaan.

- Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumah tangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya dia berasa lebih dihargai.
- Suami yang gagal menonjolkan akhlak mulia akan mengurangkan rasa hormat keluarga padanya. Hilangnya contoh yang baik dalam keluarga adalah antara punca anak menjadi liar.
- Suami tidak seharusnya terlalu tegas dan kasar pada anak kerana ia mengganggu proses perkembangan serta emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun.
- Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta memberi tekanan pada anak dan isteri. Suami yang matang dan berwibawa akan lebih dicontohi lagi dihormati.
- Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Antara punca kegagalan adalah sikap ragu-ragu.
- Suami tidak seharusnya menggunakan cara menggertak atau mengugut isteri walau untuk apa tujuan sekalipun. Perbuatan itu sebenarnya hanya memperlekehkan isteri.
- Suami yang kerap pulang lewat ke rumah akan hanya memberi tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin untuk berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya.
- Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri serta anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan.
- Suami yang mengabaikan rumah tangga serta tidak memberi perhatian pada isteri dan anak akan hanya membuatkan mereka rasa tidak diperlukan. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka.
- Suami yang tidak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan menyakiti hati isteri. Ungkapan maaf pada isteri boleh membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.
- Usah mengkritik isteri keterlaluan sama ada dari segi penampilan, masakan atau apa saja kerana ia akan memadamkan kreativiti serta semangat si isteri. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangatnya.
- Usah berbohong pada isteri kerana ia boleh menggugat kepercayaan isteri pada suami apabila ia terbongkar. Bersemuka dengan isteri lebih menyerlahkan kejujuran.
- Isteri tidak gembira jika suami terlalu kedekut atau berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan.
- Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh penting dalam hidup mereka seperti ulang tahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian.
- Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan.
- Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri atau keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata mereka sedalam-dalamnya.
- Suami tidak harus bermata keranjang kerana sikap itu menunjukkan perangai yang tidak matang di samping melukakan hati isteri.
- Suami yang cemburu buta pula adalah suami yang tidak rasional. Cemburu adalah tanda sayang, namun biarlah berpada-pada kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri.
- Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan memberi nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran.
- Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi.
- Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka.
- Usah biarkan urusan rumah tangga dan pendidikan anak-anak pada isteri saja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka, suami perlu bersama untuk memberi perhatian sewajarnya.
- Suami tidak harus memendam perasaan jika tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara. Ia ibarat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri.


"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net